Wednesday, 28 May 2014

Asasi Sains Pertanian Laluan Pantas UPM (Fast-Track/ASPer Trackers)

Aku akan menceritakan serba sedikit tentang ASPer Trackers ini. Mesti 'korang' terfikir asasi sains pertanian kalau lepas asasi ni mesti jadi petani. Salah anggapan tu. Kalau boleh aku nak tampar bagi terajang kat orang tu. Aku ulang SALAH!!!! Bahkan ASPer ni banyak kelebihannya. Kemasukan ASPer ada tiga peringkat:

  1. Kenasukan Perdana (Main Stream)-Lepasan  SPM
  2. Kemasukan September (Untuk Pelajar Antarabangsa)
  3. Kemasukan Laluan Pantas (Fast-Track)-Biasanya dalam bulan 12(Guna result Trial-SPM)
Kemasukan Perdana dikenali sebagai ASPer Streamers manakala Kemasukan Laluan Pantas (Fast-Track) dikenali sebagai ASPer Trackers. Bagi kemasukan September tak ada dan aku tak tahu. Sekarang kita fokuskan kepada ASPer Trackers. Macam mana aku masuk fast-track ni sebenarnya berkat seorang kaunselor di sekolah aku yg bernama Teacher Azlin. Biasnya yg masuk fast-track ni majoriti drpd budak SBP, SBT dan MRSM. Jadi budak fast-track memang ada pro dan kontranya. Antara kebaikan fast-track ni:
  1. Jimat setahun untuk peringkat ijazah. Biasanya asasi 1 tahun kemudian 4 tahun utk ijazah(Perubatan 5 tahun). Tapi fast-track kira korang buat ijazah terus 4 tahun. Sbgai cth: Aku mula masuk asasi bulan 12 tahun 2013 dan habis asasi bulan 8 tahun 2014. Manakala kawan aku yg bukan fast-track diorang bulan 5 tahun 2014 baru masuk dan habis asasi tahun depan.
  2. Cepat kahwin. Ini bagi betul nak fast-track nak cepat kahwin.
Keburukannya pulak:
  1. Kalau korang yg jenis pemalas memang susah sbb jadual fast-track padat sgt2. Sbb utk ASPer Streamers diorang 3 semester tapi ASPer Tracker diorang pendek 2 semester je. Itu yg penat.
  2. Korang tak boleh pilih kos perubatan sbb syaratnya mesti cukup asasi 1 tahun sbb fast-track asasinya hanya 8 bulan jer. Tapi batch pertama dan kedua boleh pilih medic cuma batch ke-3 takde rezeki.
Jadi itulah pro dan kontranya. Utk masuk fast-track biasnya lepas keputusan Trial-SPM kaunselor sekolah masing2 akan 'memaksa' budak2 utk isi. Aku sendiri pun isi borang utk Persijilan Tahfiz Darul Quran, ASPer Trackers dan UTP. Result trial-SPM aku takdelah 'gempak' tapi lepas pada syaratlah. Yg lain itu rezeki drpd Allah Taala.

Yg 'best' pasal ASPer ni ialah subjek pertanian. Bukan nak berlagak tapi subjek pertanian boleh katakan semua bleh dapat A. Yg paling best amalinya. Dalam amali korang akan pergi ke ladang2 di UPM. Tahu tak UPM universiti paling luas di Malaysia. Kalau nasib baik dpt memerah susu lembu, tangkap ikan dgn tangan dan macam2 lagi. Korang bleh search atau baca blog2 lain kalau nak tahu utk ASPer Streamers. 

Jadi nasihat aku bagi sesiapa yg nak amik fast-track UPM mesti ada ciri berikut:
  1. Tabah
  2. Cekal
  3. Rajin(Paling Penting)
  4. Pandai Bahagi Masa(Sbb jadual padat giler)
  5. Sabar 
Itulah nasihat aku. Jadi masa Trial-SPM scorelah elok2 biar result gempak. Rasanya cukup aku berceloteh pasal ASPer Trackers. Nak tahu lebih lanjut klik kat link ni http://www.upm.edu.my. Itu sahaja celoteh aku. Kalau ada apa persoalan bleh laa tanya.
Wallahua'lam.